Permohonan Program SIP Perkeso
Sila isi maklumat permohonan di atas. Pihak kami akan hubungi dalam masa terdekat atas kelayakan.
Maklumat Am


Nota:

AKTA 800 ialah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

LOE ialah Kehilangan Pekerjaan. OB ialah Orang Berinsurans.

(i)       Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, Akta 800]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses dan boleh ditolak.

(ii)      Sila semak dan simpan slip permohonan setelah permohonan dihantar.

(iii)     Dokumen asal mestilah dibawa bersama semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.

(iv)     Sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau mengunjungi Pejabat PERKESO yang berhampiran.


Syarat Kelayakan:


(i)     Memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC) contoh Mempunyai bilangan caruman yang mencukupi.

(ii)     Hilang pekerjaan mengikut definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta 800.

          a) Pemberhentian kerja biasa.

          b) VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama).

          c) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure).

          d) Bankrap atau penutupan perniagaan.

          e) Pembuangan kerja secara konstruktif.

          f) Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja.

          g) Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.


(iii)     Berikut adalah bukan kehilangan pekerjaan:

         a) Pembuangan akibat salah laku pekerja.

         b) Peletakan jawatan secara sukarela.

         c) Persaraan.

         d) Tamat tempoh kontrak perkhidmatan atau penyiapan kerja atau penamatan kontrak perkhidmatan secara persetujuan bersama